Pemahaman dan peranan dalam politik Borjuis

Teori Marxis

Karl Marx pada abad ke-19 mengenalpasti dua jenis kapitalis borjuis:

(i) kapitalis berfungsi (functional capitalist) - mentadbir cara penghasilan; dan,

(ii) kapitalis penyewa (rentier capitalist) - bergantung kepada sewaan hartanah atau pendapatan berbunga hasil modal perniagaan, atau kedua-duanya.[1]

Kelas pekerja dan borjuis saling bergelut secara berterusan di mana golongan kapitalis mempergunakan buruh pekerja manakala pgolongan pekerja menentang keadaan sebegitu kerana mereka tiada cara penghasilan, dan kerana keadaan mereka yang terpaksa mengambil pendapatan melalui pekerjaan di bawah kapitalis borjuis di mana pekerja menhghasilkan barangan dan perkhidmatan yang menjadi milik majikan serta dijual kepada mereka dengan suatu harga yang ditetapkan.

Dalam Nazisme

Nazisme menolak konsep pergelutan kelas internationalis yang dipegang puak Marxis namun begitu menyokong "pergelutan kelas antara bangsa" lalu berusaha menyelesaikan dan meredakan pergelutan dalaman sambil parti tersebut menyatakan Jerman sebagai suatu negara proletariat menentang negara-negara plutokrat yang lain.[2] Parti Nazi sendiri disokong kelas pekerja serta turut menarik perhatian kelas pertengahan. Kemelesetan kewangan yang melanda kelas kolar putih dalam Republik Weimar pada tahun 1920-an merupakan faktor penting dalam pengalangan sokongan kuat masyarakat tersebut kepada ideologi Nazisme.[3]